The King Bruno 2 Meninggal

Dates: 01/01/1970 Location:

377039_293549314020213_104348362940310_774374_588465873_n.jpg

Sampai saja kat rumah tadi The King Bruno 2 tengah nazak. Tepat jam 5:33pm dia telah pergi meninggalkan family saya. Bruno lah yang selalu sambut saya bila saya balik dan dia jugalah yang saya lihat sebelum saya keluar. Seolah-olah tidak lengkap harian saya tanpa dia. Saya tidak tahu bagaimana saya nak tempuh hari esok tanpa Bruno.

Maafkan saya Bruno kerana sepanjang minggu lepas saya tak sempat luangkan masa untuk Bruno seperti selalu. Saya sering bercakap-cakap dengan Bruno. Sehinggakan Qistina sering cakap Bruno lebih sayangkan saya berbanding dia dan Dayyan.

Hati saya berkecamuk. Inilah yang sering terjadi apabila ada insan atau sesuatu yang baru hadir didalam hidup saya. Dulu ketika Qistina lahir, kucing kesayangan saya, Shiro juga mati selepas 7 hari.

Apakah mesej sebenar disebalik semua ini? Bruno 1 mati sehari sebelum kita menyambut Syawal tahun ini. Kali ini saya diuji lagi. Allah sajalah yang tahu perasaan saya ketika ini. Saya sayang Bruno. I’ll be missing you Bruno!

377039 293549314020213 104348362940310 774374 588465873 n


Kiriman Yang Berkaitan:

  1. Kegagalan…Bagaimana Untuk Bangkit Kembali?
  2. Oh Kawan…
  3. Sempena Rejab, Syaaban dan Ramadhan
  4. Meminjam Dengan Cara Bijak
  5. Masalah Oh Masalah